SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Friday, May 7, 2010

Contoh Surat Rayuan Kepada Tabung Haji

Terima kasih kepada seorang sahabat saya yang bermurah hati memberikan contoh surat rayuan ini. Semoga ia mendatangkan manfaat kepada saudara-saudara yang memerlukan. Nota: Ia adalah contoh sahaja, sebab-sebab rayuan mungkin berbeza mengikut kes.

Saya telah hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji di talian 03-62071919 sebentar tadi dan dimaklumkan bahawa antara sebab-sebab yang diberi keutamaan untuk pertimbangan oleh pihak Tabung Haji adalah:-

1) Faktor kesihatan (perlu ada surat sokongan dari Doktor / Pegawai Perubatan kerajaan atau Doktor Pakar jika dari Klinik/Hospital swasta).

2) Lanjut usia melebihi 70 tahun

3) Menjadi mahram kepada jemaah haji yang telah terpilih.

4) Menemani jemaah haji yang uzur.

Walaubagaimanapun, menurut pegawai Tabung Haji tersebut, faktor seperti sebab-sebab kerjaya dan keluarga juga boleh dipertimbangkan. "Encik boleh cuba, mungkin boleh dipertimbangkan", ujar pegawai tersebut.

Berikut adalah satu contoh yang saya sediakan berdasarkan contoh surat yang diberikan oleh sahabat saya yang telah dipertimbangkan oleh pihak Tabung Haji. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, InsyaAllah.



Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji
Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji
Alamat

Tel:
_____________________________________

Tarikh :


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,


RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


Yang Benar,




(ABU HAZMY)
No. IC:
Tel. No.:





(UMMU HAZMY)
No. IC:
Tel. No. :

3 comments:

Vantage ABT Services said...

mohon diambil sampel surat rayuan. Thanks. Syarifah.

i'm the 7th out of 313 said...

saya ambil surat ini sebagai contoh. terima kasih berbanyak2.

adamcici said...

Contoh surat rayuan yang baik. Terima kasih.