SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Wednesday, March 4, 2009

Nabawan Bakal Pengeluar Gaharu Bermutu Terbesar Di Sabah

Dipetik dari: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=389925

KOTA KINABALU, 15 Feb (Bernama) -- Daerah Nabawan bakal menjadi estet penanaman gaharu atau "agarwood" terbesar di Sabah selepas Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) memeterai perjanjian dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) hari ini.

Perjanjian itu bagi membangunkan industri gaharu di Sabah dan penubuhan kilang menghasilkan produk damar atau resin bernilai tinggi di Nabawan.

Menurut kenyataan SLDB, perjanjian itu ditandatangani oleh pengurus besar SLDB Jhuvarri Majid dan Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad.

Setakat ini, SLDB dengan sebuah rakan perkongsian telah menanam 20,000 pokok gaharu di kawasan Litang, Lahad Datu.

Daud berkata usahasama itu adalah pertama antara dua agensi itu dan Nuklear Malaysia dengan teknologi terkini boleh membantu memperkenalkan pokok gharau yang boleh matang dalam tempoh masa yang singkat dan menghasilkan lebih banyak resin.

"Kami akan terbabit dalam pembukaan ladang serta sektor hiliran industri gaharu dan rakan perkongsian strategik ini adalah baik kerana SLDB mempunyai tanah dan keupayaan mengusahakan ladang secara komersial," katanya.

Satu liter minyak gaharu, kata Daud, boleh mencapai harga antara RM30,000 hingga RM35,000 di pasaran terbuka dan mereka yang menanam pokok dan mengumpul damar boleh mendapat keuntungan.Industri gaharu global bernilai RM3 bilion dan Malaysia merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia.

Sementara itu, Jhuvarri berkata Sabah kerugian sejumlah besar nilai pokok gaharu liar kepada penguasaha haram dari luar negara yang membayar penduduk kampung mengumpul resin dan menyeludup keluar bahan itu untuk diproses dan dieksport.

"Katanya SLDB sanggup memainkan peranan sebagai agensi yang memberi lesen kepada semua pengumpul kayu gaharu dan mendapat kelulusan daripada agensi relevan supaya pengumpul bahan itu tidak melangar undang-undang.

"Penduduk kampung tidak faham bahawa mereka menyertai kegiatan haram mencuri kayu gaharu dan pada masa sama tidak tahu di mana untuk menjualnya.

"SLDB akan membeli apa juga yang mereka kumpul pada harga pasaran supaya mereka mendapat nilai yang tinggi dengan memproses resin di kilang kami sebelum kami menjual di pasaran antarabangsa," katanya.-- BERNAMA

1 comment:

tualagebu said...

saya membekal biji benih gaharu jenis malacensis, sub integra dan crassna. setiap 1 kg RM 950 termasuk kos pos laju. sms / call 019-3623490