SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Tuesday, February 3, 2009

Penyediaan Penyata Akaun Kaedah Segera

Inilah akibat jika tidak menyediakan rekod simpan kira perniagaan secara teratur. Ia pasti bakal mengundang masalah apabila membuat permohonan pembiayaan untuk perniagaan sedia ada.

Rekod simpan kira di samping bagi mengukur untung rugi dan kedudukan kewangan semasa perniagaan, ia juga penting untuk tujuan permohonan pembiayaan kerana pihak pembiaya/bank memintanya bagi tujuan penilaian prestasi kewangan lepas.

Bagi syarikat Sdn Bhd, penyediaan Akaun Beraudit adalah satu kewajiban dan tanggungjawab para pengarah untuk menyediakannya setiap tahun kewangan. Manakala, untuk firma perniagaan, penyediaan akaun beraudit tidaklah diwajibkan, cukup sekadar menyediakan Penyata Kewangan atau Akaun Pengurusan secara tahunan bagi tujuan pengiraan cukai.

Nak jadi cerita, seorang kenalan saya sedang dalam proses permohonan pembiayaan dari sebuah agensi pembiaya dan menghadapi sedikit masalah kerana pihak pembiayaa mahukan Penyata Kewangan untuk 2 tahun perniagaan restoran beliau. Beliau meminta pertolongan saya.

Mujurlah kesemua dokumen yang saya perlukan masih ada dalam simpanan. Memandangkan beliau memerlukannya dengan segera, maka saya menggunakan sepenuhnya skil yang ada untuk menyediakan akaun tersebut tanpa menggunakan perisian perakaunan. Saya gunakan kaedah 'Balancing Virtual Debit-Credit'. Satu kaedah yang saya cipta sendiri. Carilah dalam buku Frankwood, Weigen dll, pasti anda takkan jumpa kaedah ini! : )

Dan yang pastinya, akaun tersebut mestilah tally dengan rekod Jualan, Perbelanjaan, Tunai, Stok, Penghutang, Pemiutang, Aset Tetap dll. dan juga berimbang atau 'balance'. Ia juga mestilah diuji dengan kaedah 'Analytical Review' yang mana analisa perlu dibuat ke atas kelogikan angka-angka dalam penyata kewangan tersebut agar selaras dengan realiti perniagaan.

Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam saya telah berjaya menyiapkannya! Ish, macam mee segera pulak.

2 comments:

Nani said...

Salam,
Wah sgt menarik sekali...
kalo saya nak belajar membuat penyata akaun dari anda boleh ke?

Nani said...

salam,
Wah...sangat menarik sekali...
kalau saya ingin belajar membuat penyata akaun dari anda boleh ke?