SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Friday, November 28, 2008

Pembayaran zakat secara online melalui perbankan internet

Pagi ini saya dapat email dari Lembaga Zakat Selangor. Saya kongsi e-mail tersebut untuk manfaat bersama.


Assalamualaikum Abu Hazmy,
Diharapkan email ini menemui anda dengan kemanisan iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Abu Hazmy, sudahkah anda menunaikan zakat pendapatan bagi tahun lepas? dan di mana anda menunaikannya?

Untuk pengetahuan anda, LZS telah menyediakan 22 kaunter bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat serta membuat permohonan agihan zakat. Maklumat bagi kaunter LZS boleh didapati di http://www.e-zakat.com.my/baru/organisasi/kaunter.asp

Selain itu juga, anda boleh menunaikan zakat secara online dengan menggunakan perbankan internet di https://zakatsel.com.my/fpx2/bayar3.asp?id=email. Antara kelebihan pembayaran secara online ialah mudah, selamat, menjimatkan masa dan boleh dilakukan 24 jam sehari.

Panduan pembayaran zakat secara online melalui FPX boleh didapati di https://zakatsel.com.my/fpx2/panduan-bayar-guna-fpx.pdf

Berikut adalah bank-bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran secara online yang disediakan di Portal E-Zakat:- Bank Islam - Maybank2u - CIMB Bank- Public Bank- Hong Leong Bank Berhad.

Sekiranya anda berminat membuat pembayaran zakat secara online, sila buat bayaran di https://zakatsel.com.my/fpx2/bayar3.asp?id=email.

Nota: Email seterusnya pihak LZS akan menghantar panduan pembayaran zakat melalui potongan gaji.

Wassalam

No comments: