SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Thursday, May 1, 2008

Contoh Rancangan Perniagaan (RP)

Ramai kawan2 dan kaum kerabat yang mintak saya bagi contoh Rancangan Perniagaan (RP). Saya ada buat beberapa RP yang mungkin boleh dikongsi bersama. Ada yang dah lulus dan ada yang saya buat untuk projek RP Template aku nanti. Saya boleh bagi, no problem. Ilmu yang berguna jangan diperap ye tak? Salah satu amal jariah ialah ilmu yang bermanfaat!

Cuma saya nak mintak tolong sikit kat kawan2 semua, sebab saya ada satu projek yang masih dalam progres, iaitu yang mana saya akan jual RP template.

Apa dia RP Template tu? Ia adalah RP dalam bentuk softcopy word dan excel yang mana pembeli akan hanya memasukkan data dan maklumat serta angka2 dengan mudah untuk rancangan perniagaan mereka mengikut panduan yang telah aku sediakan. Sebenarnya ia adalah rangka RP yang saya telah buat untuk setiap industri/perniagaan contohnya RP untuk Restoran & Katering, Cyber Cafe, Workshop, Kedai Dobi, Kedai Runcit, Convenience Store 24 Jam, Kedai Jahit, Car Wash, Petrol Station, Kedai Komputer, Pusat Gym, Pusat Paint Ball, Kedai Hardware dan macam-macam lagi.

Saya punye plan sebahagian keuntungannya saya akan gunakan untuk tujuan kebajikan. Saya nak salurkan ke sekolah-sekolah pondok, asrama anak-anak yatim dan kepada orang2 fakir miskin dll. Harga satu RP = RM200 sahaja.

So, kawan2 yang nak dapat RP tu atau untuk dapatkan khidmat membuat RP bolehlah e-mail saya : abuhazmy@gmail.com atau, PM dengan Kontactr atau YM saya.

No comments: