SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT?

Monday, April 28, 2008

Bahulu Gulung

Hari ni saya nak cerita pasal Bahulu Gulung yang ibu saya buat. Ibu saya ni memang expert tang bahulu, dah berkecimpung sejak 20 tahun lalu. Banyak2 bahulu dia, Bahulu Gulung lah paling power bagi saya. Bila dah dekat raya, sampai tak cukup tangan lah. Lagi2 ibu saya ni buat secara tradisional.



Alhamdulillah, baru2 ni ibu saya dapat bantuan dari Pertubuhan Peladang Kawasan, ibu dapat oven gas (besar gedabak tu), mesin tepung ngan mesin potong ubi (untuk buat kerepek). Dah moden lah nampak gaya nye. Tak de lah lagi bakar dengan arang.

Bahulu gulung ni sebatang RM1.80. Kira murah le. Harga Kilang. Kalau kat KL dah jadik RM3-RM4. Nak buat nye pun kan main susah. Mak aku pulak jenis tak ambik untung banyak. Orang kampung.... Saya ni tolong2 buat costing, pricing, supaya untung tu berbaloi dengan kerja.

Nak tau lagi pasal bahulu ibu saya ni, insyaAllah kita jumpa di lain posting yea..

No comments: